Al Ridzuan Haramain Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perkhidmatan bumiputera yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 2016 pada 26 September 2022 dengan nombor pendaftaran 202201035532(1481229-P).
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan Islamik seperti badal haji, badal umrah, korban, akikah, wakaf Al Quran, wakaf kerusi roda dan sabil makan yang dilaksanakan di Kota Makkah, serta perkhidmatan wakaf telaga yang dilaksanakan di Kemboja
PERKHIDMATAN YANG DI TAWARKAN
Badal Haji
Badal haji ialah haji yang dilakukan bagi pihak orang lain yang tidak mampu, sama ada kerana meninggal dunia atau sakit, dengan syarat – syarat yang telah ditetapkan.
Badal umrah ialah amalan melaksanakan umrah bagi pihak orang lain yang tidak mampu melakukannya sendiri, sama ada kerana telah meninggal dunia atau keadaan kesihatan yang menghalang mereka.
Wakaf Al-Quran adalah sumbangan Al-Quran secara percuma. Ini adalah bentuk sedekah jariah, di mana manfaatanya berterusan selama Al-Quran itu digunakan dan dibaca.
Wakaf kerusi roda merupakan sumbangan kerusi roda untuk kegunaan individu yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang kurang keupayaan dengan tujuan mendapat pahala yang berterusan
Wakaf telaga merupakan satu bentuk sumbangan yang bertujuan memberi sumber air bersih bagi masyarakat yang memerlukan untuk kegunaan harian bagi mereka yang memerlukan.
Sedekah makan ialah sedekah berupa makanan yang diberikan kepada orang yang memerlukan di sekitar Makkah, bertujuan membantu mereka yang dalam kesempitan atau kesusahan.